Misi & Visi dan Objektif Majlis_Daerah_Simpang_Renggam

Visi

  • Menjadi contoh kepada Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Johor, dengan memberi perkhidmatan yang sentiasa cemerlang melalui penyertaan aktif, responsif dan dinamik daripada warga Majlis Daerah Simpang Renggam yang berdedikasi, berdisiplin dan beriltizam.

Misi

  • Meninggikan dan mengekalkan kualiti terhadap kehidupan para pelanggannya dengan menyedia, menyelenggara dan meningkatkan prasarana, aminiti, kemudahan awam dan memberikan perkhidmatan yang hebat, tepat, cepat, jimat, selamat dan berkat.

Objektif

  • Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pembayar cukai dari segi pembangunan, kebersihan, pengindahan, kesihatan dan keselesaan hidup.
  • Melaksanakan undang-undang dan dasar-dasar yang ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Majlis sendiri.
  • Meningkatkan hasil cukai dan hasil bukan cukai bagi tujuan pengurusan, pembiayaan projek pembangunan, perkhidmatan dan penyelenggaraan kemudahan awam.
  • Meningkatkan hasil cukai dan hasil bukan cukai bagi tujuan pengurusan, pembiayaan projek pembangunan, perkhidmatan dan penyelenggaraan kemudahan awam.
  • Mewujudkan sebuah organisasi yang cekap, berkualiti dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam sistem pentadbiran.
  • Memberikan kerjasama kepada jabatan-jabatan kerajaan dan lain-lain jabatan.